Pages

About Me

My photo
Bandar Seri Putra, Kajang, Selangor, Malaysia
Berkonsepkan moden kontemporari ini sangat sesuai untuk wanita masa kini yang mementingkan kecantikan dari hujung rambut ke hujung kaki. Menyediakan rawatan moden dan tradisional hanya untuk wanita.

Thursday, May 15, 2014

Rawatan 'Oxygen Facial'

Apakah 'Oxygen Facial'?

'Oxygen Facial' atau dalam bahasa Melayu dipanggil rawatan muka oksigen adalah satu prosedur bukan perubatan yang tidak memerlukan suntikan atau penggunaan mana-mana bahan kimia. Sebelum rawatan oksigen sebenar bermula, pakar penjagaan kulit akan membersihkan wajah untuk memastikan bahawa ia adalah bebas daripada kotoran dan minyak yang berlebihan.

Selepas pembersihan wajah, staf yang merawat akan menggunakan mesin yang akan menyerap masuk oksigen terus ke dalam liang kulit. Oksigen yang digunakan biasanya ditambah dengan beberapa suplimen yang baik untuk kulit seperti vitamin untuk membantu kulit kekal anjal dan mengurangkan atau menghilangkan terus garis-garis halus dan kedutan pada wajah. Prosedur ini tidak menyakitkan dan ia membekalkan oksigen ke dalam kulit supaya ia boleh bertindak dengan lebih cepat.

Apakah kebaikan rawatan 'Oxygen Facial'?

1) Melancarkan aliran darah untuk kesegaran kulit
2) Menghilangkan jerawat serta kesannya
3) Menjadikan kulit lebih lembap, halus dan mulus
4) Mencerahkan kulit serta lingkaran hitam di bawah mata
5) Mengurangkan ‘eye bag’ di bawah mata
6) Meningkatkan keanjalan kulit agar tampak lebih awet muda

Apa tunggu lagi, kami di Riani Beauty Spa menawarkan rawatan yang 'awesome' ini untuk semua para wanita di luar sana.